Pakar Table

Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu pakar table pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh 6 orang peserta. Peserta mempelajari penggunaan table dalam membuat jadual dan menggunakan pelbagai aturan table. Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar. Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang semak maklumat yang diperoleh daripada Internet.

Hal ini kerana bukan semua maklumat di Internet adalah benar jadi periksa dahulu sebelum guna atau sebar. Terdapat 4 tip keselamatan iaitu pertama sumber. Lihat asal-usul maklumat. Adakah ia boleh dipercayai? Pastikan bahawa sumber maklumat tersebut boleh dipercayai. Tip kedua iaitu memahami apa yang dibaca serta pastikan ianya jelas fakta dan bukanya pendapat.

Tip ketiga iaitu selidik buat carian lebih mandalam dan melangkaui sumber asal serta siasat dengan teliti sebelum membuat keputusan dan periksa dan bandingkan dengan pelbagai sumber. Tip yang terakhir menilai cari keseimbangan dengan mengunakan pertimbangan yang saksama, lihat daripada sudut yang berbeza, cari penjelasan daripada sekurang-kurangnya dua pihak mengenai sesuatu perkara. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *