Seorang guru lelaki KAFA di Langkawi telah hadir ke PEDi bagi mengemaskini maklumat data murid bagi penggal kedua tahun 2022 melalui Portal SIMPENI KAFA. Sistem berkomputer ini diwujudkan dengan bantuan Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM melalui pembangunan aplikasi Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) bagi membolehkan pengisian data secara elektronik. Pelaksanaan SIMPENI ini ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaan SIMPENI diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.
Sistem online ini boleh membantu pelbagai urusan termasuklah untuk tujuan log masuk kemaskini maklumat data melibatkan sekolah KAFA di Malaysia. Nama sistem ini adalah SIMPENI UPKK ataupun SIMPENI KAFA. Ianya mudah untuk digunakan dan dikendalikan termasuklah untuk pembelajaran secara maya atau online dan boleh diakses jadual waktu peperiksaan bagi ujian penilaian kelas KAFA dan juga semak keputusan UPKK untuk tahun ini secara online.