Pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia bersama dengan SMK Tunku Bendahara Kodiang telah menganjurkankan satu program bersama iaitu ‘Malaysia Future Leaders School’ di mana ia telah melibatkan seramai 8 orang pelajar dari SMK Tunku Bendahara Kodiang, Kedah. Program tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Kodiang Lama.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya adalah sesi taklimat, sesi ‘Ice Breaking’, perkongsian modul-modul seperti modul kenegaraan dan sebagainya.
Program ini diharap dapat memberi pendedahan kepada para pelajar bukan sahaja dari segi kemahiran dalam kepimpinan tetapi juga dari segi kemahiran dalam berkomunikasi dengan baik.
Program tersebut dijalankan selama 4 hari iaitu bermula dari 25 Julai 2022 sehingga 28 Julai 2022.