Kursus Asas Animasi Pengiklanan

Telah berlangsung Kursus Asas Animasi Pengiklanan secara webinar melibatkan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Kedah dan Perlis (Maxis) Sprintz Designs. Ia merupakan kursus wajib bagi melengkapkan modul latihan sebagai tenaga pengajar dari Yes Academy, Tuan Ariffudin Osman.

Tentatif program dimulakan dengan sesi perkenalan dan ice breaking, pengenalan tentang pengiklanan animasi, pengenalan kepada aplikasi animasi iaitu animaker.com dan renderforest.com, sesi praktikal membuat animasi menggunakan aplikasi serta sesi pembentangan dan penilaian dari tenaga pengajar.

Kursus kali ini melibatkan penggunaan aplikasi yang berat dan mencabar peserta kerana memerlukan komputer spesifikasi yang bersesuai untuk render dan menyunting animasi. Namun hasilnya sangat memuaskan kerana ia dapat di gunapakai untuk membantu komuniti membuat animasi bagi pengiklanan produk dengan lebih kreatif.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *