Advokasi Klik Dengan Bijak (Oversharing) ini diadakan pada hari Sabtu, 13 Ogos 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengguna berkaitan dengan kesan “oversharing” dan cara mencegah perkongsian maklumat yang keterlaluan di media sosial.
Advokasi yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 12.30 tengahari ini disertai oleh para peserta aktiviti kemerdekaan PEDi Kg Pandan.
Advokasi dimulai dengan perkongsian video oleh staf PEDi dari laman Youtube berkaitan “oversharing”. Pengguna dijelaskan mengenai kesan-kesan buruk terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial seperti pengguna akan lebih terdedah dengan isu keselamatan dan privasi data peribadi pengguna. Pengguna turut dijelaskan tentang cara pencegahan perkongsian maklumat keterlaluan di media sosial. Advokasi tamat pada pukul 1.00 petang.