Pada hari Jumaat, 19 Ogos 2022 telah berlangsung Kelas Asas Penulisan Surat Rasmi. Pelajar yang menyertai kelas ini adalah seramai lapan orang pelajar. Kelas kali ini diajarkan oleh Pengurus PEDi Kesedar Jeram Tekoh. Kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.30 pagi selama 3 jam di bilik latihan PEDi Kesedar Jeram Tekoh.
Kelas yang dianjurkan adalah bertujuan memberi latihan menulis surat rasmi dengan cara yang betul kepada pelajar berdasarkan format yang terkini. Pelajar diajar cara untuk membuat surat dengan teliti tanpa meninggalkan format yang diperlukan di dalam sebuah surat dan penggunaan ayat yang betul untuk membezakan surat rasmi dan bukan surat rasmi.
Pelajar juga diuji dengan soalan berkaitan pengetahuan bagaimana membezakan surat rasmi dan surat bukan rasmi oleh pengajar. Sesi soal jawab juga diadakan diakhir sesi kelas sebelum kelas tamat.