Kelas ICT (Poster Hari Malaysia) diadakan pada hari Sabtu, 3 September 2022. Kelas ICT (Poster Hari Malaysia) ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan membimbing murid sekolah tentang cara membuat poster Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi mengikut imaginasi dan kreativiti masing-masing. Kelas membuat poster ini diadakan dengan menggunakan aplikasi pengeditan Canva.
Kelas ICT yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi, disertai oleh 5 orang murid sekolah rendah. Kelas dimulai dengan menerangkan cara-cara pemilihan templat untuk poster mengikut kesesuaian. Kemudian, staf PEDi Kg Pandan menunjukkan cara untuk memilih warna latar belakang poster yang sesuai untuk dimasukkan.
Staf PEDi turut menunjukkan langkah untuk mencari dan memilih gambar dan animasi yang sesuai untuk diletakkan pada poster Hari Malaysia seperti gambar Jalur Gemilang, pemilihan warna untuk tulisan dan animasi yang bertemakan Hari Malaysia. Seterusnya, murid-murid dibimbing tentang cara untuk memuat turun poster yang telah siap dan seterusnya dicetak oleh staf PEDi. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.