Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Putrajaya telah berkolaborasi dengan pihak Giatmara Putrajaya untuk menjalankan Program Pengenalan PEDi, MIV dan Advokasi Bersama Giatmara Putrajaya.
Program ini bertujuan untuk memberi latihan ICT dan latihan keusahawan serta advokasi kepada para pelajar serta guru-guru Giatmara. Selain itu, pada tahun ini, kita telah memperkenalkan program terbaharu iaitu Rakan Digital kepada pelajar-pelajar Giatmara. Antara kelebihan mengikuti kelas ini adalah pelajar didedahkan dengan ilmu asas ICTdan ilmu asas keusahawanan. Selain itu, pelajar juga diberi taklimat advokasi. Program keusahawanan bersama Giatmara Putrajaya ini akan berlangsung selama empat bulan.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah Pengenalan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Putrajaya & Rakan Digital RD, Program MIV untuk Taklimat Klik Dengan Bijak, KDB bertajuk Buli Siber dan Check Your Label, disertai Kuiz Kahoot KDB. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan akhir sekali sesi bergambar bersama pelajar dan guru Giatmara. Seramai 10 orang pelajar 7 orang staf PEDi Putrajaya telah menyertai program yang berlansung selama dua jam.