Menyedari keperluan ICT di dalam dirinya, seorang warga emas, Encik Paul Siel, telah mendaftar sebagai ahli di PEDi dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Pembelajaran. Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan aplikasi E-Learning.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT yang diadakan di PI1M, beliau kini yakin untuk memiliki dan menggunakan komputer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan beliau melaksanakan urus niaga dari rumah. Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga. Selain itu, Beliau turut melayari laman sesawang rasmi bank pilihannya.
Selain itu, beliau dengan kemahiran yang dipelajari dapat menyediakan invois dan sebut harga dengan menggunakan Microsoft Office Excel. Pelbagai dokumen lain seperti surat dan memo pula disediakan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word.