Mohd Hafiq Aiman Bin Jefri adalah merupakan seorang pelajar sekolah menengah tingkatan 2 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Permaisuri di Piasau Jaya Miri. Mohd Hafiq telah mengikuti sepanjang program yang dianjurkan oleh pihak PEDi sejak dari Pusat ini dibuka. Pada peringkat awal, Mohd Hafiq masih belum begitu mahir dalam menggunakan peralatan ICT terutamanya dalam pengendalian aplikasi asas dan internet.
Setelah beberapa bulan Mohd Hafiq mengikuti pelbagai aktiviti pembelajaran ICT di PEDi Piasau, Mohd Hafiq telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik dari segi kemahiran penggunaan ICT dan Internet. Segala modul yang diajarkan Mohd Hafiq dapat dihadam dengan jayanya. Selain dari itu, Mohd Hafiq adalah merupakan seorang pelajar yang sangat rajin dan berdedikasi. PEDi Piasau berharap Mohd Hafiq dapat dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain yang mengikuti aktiviti di PEDi Piasau ini.