Apakah antara penambahbaikan yang dapat dilihat kepada PEDi?

Menerusi transformasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini terdapat lima inisiatif transformasi yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara iaitu:

Pertamanya, menaik taraf kepada PEDi yang akan meningkatkan aktiviti Latihan dan bimbingan bagi usahawan mikro,

Keduanya, penubuhan Panel Penasihat yang terdiri dari masyarakat setempat di setiap PEDi bagi menasihatkan, merancang pelbagai program dan menarik mesyarakat setempat untuk memanfaatkan masyarakat setempat;

Ketiganya, setiap PEDi akan mempunyai IKON Usahawan PEDi dari kalangan usahawan setempat yang telah berjaya yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan;

Keempatnya, 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik di 600 PEDi terpilih bagi turut membantu memberi matlumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro PEDi; dan

Kelima, program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di PEDi bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *