Apakah usaha yang akan diambil oleh PEDi untuk memperkasakan usahawan luar bandar dan miskin bandar?

PEDi akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta.

Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan sebagainya.

Program ini bermatlamat untuk mendorong 800,000 usahawan kecil beralih kepada pendigitalan menjelang tahun 2025.

Melalui program berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti yang akan menjana keuntungan, mengekalkan perniagaan serta pekerjaan sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *