Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa telah melancarkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di FELDA Kahang Barat, Johor pada 19 Februari 2022 (Sabtu).
Menurut Tan Sri Annuar, orang ramai amat digalakkan untuk melibatkan diri dalam ekonomi digital dan warga FELDA harus diberikan pendedahan juga peluang yang sama agar ia menjadi inklusif buat semua.
Sebanyak 200 pek Pakej Remaja Keluarga Malaysia turut disampaikan kepada para remaja di FELDA Kahang Barat.
Hadir sama Ketua Pengarah Penerangan, Dato’ Mohd Sukari Ab. Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.