Program Lawatan Kerja Menteri Ke PEDi Kg. Langkuas, Kinarut, Sabah

Ekonomi digital merupakan instrumen penting untuk negara menuju ke arah usaha pemulihan dan menjamin ketahanan masa depan ekonomi Malaysia.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) merupakan pusat yang dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan serta pelbagai program keusahawanan yang diperlukan oleh komuniti setempat agar mesra terhadap ekonomi digital.

Bagi mencapai hasrat tersebut, sebanyak 1,083 PEDi di seluruh negara akan dipertingkat dan dipergiatkan untuk melahirkan serta memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing, terutamanya masyarakat luar bandar.

Kerajaan yakin usaha ini bukan sahaja akan merapatkan jurang digital tetapi juga akan mencetuskan inovasi digital. Ini juga selari dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong oleh digital dan pemimpin serantau dalam ekonomi digital.

Dalam siri lawatan kali ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa melawat PEDi Kg. Langkuas, Kinarut, Sabah pada 28 Mac 2022 (Isnin).

Bagi kawasan Papar, terdapat tiga buah PEDi yang beroperasi. Tiga PEDi yang dimaksudkan itu ialah PEDi Kg. Langkuas Kinarut, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kinarut Ria dan Kg. Kuala. Manakala bagi kawasan Parlimen Ranau pula, terdapat empat buah PEDi yang beroperasi. Empat PEDi berkenaan ialah PEDi Kg. Desa Aman, PEDi Kg. Mesilau, PEDi Kg. Bongkud dan PEDi Kg. Lohan. Kesemua tujuh PEDi tersebut terus memainkan peranan sebagai pusat sehenti dalam membangunkan sosioekonomi penduduk di sini selain merancakkan ekonomi setempat.

Tan Sri Annuar turut meyampaikan Pakej Remaja Keluarga Malaysia kepada masyarakat di kampung tersebut.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *