PEDi tingkatkan taraf sosioekonomi komuniti

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bukan sahaja berperanan memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan, terutamanya di kawasan luar bandar, malah penubuhannya banyak membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dengan menyediakan pelbagai kursus kemahiran dan program keusahawanan.

Menurut Pengurus PEDi Kampung Lubok Temiang, Kamariah Masi, PEDi membantu komuniti dan usahawan menjalankan perniagaan menggunakan teknologi digital atau secara dalam talian melalui platform e-dagang, sebagai pendedahan untuk memajukan lagi perniagaan mereka, terutama usahawan atau mereka yang baru memulakan perniagaan.

“Pelbagai aktiviti atau program dan juga Latihan-latihan Bersama komuniti dilaksanakan oleh PEDI seperti Latihan ICT, Keusahawan, Multimedia, E-pembelajaran, Melayari Website selain program kesedaran.

“Ini selaras objektif penubuhan PEDi iaitu menyediakan kemudahan capaian Internet secara kolektif kepada komuniti tempatan terutama di kawaan yang kurang mendapat liputan Internet is ntuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap penggunaan teknologi komputer dan Internet.

“Selain itu PEDi juga meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan dan aktiviti yang disediakan, sekali gus merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar Bandar,”jelasnya.

Menurut Kamariah, PEDi Kampung Lubok Temiang sebagai contoh, membantu memudahkan urusan perniagaan seorang pengusaha gerai makanan, Juriyah Mustaffa, 38.

“Pelbagai urusan perniagaan secara dalam talian boleh dilakukan beliau di PEDi seperti proses pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan transaksi pembayaran bil air dan elektrik.

“Selain itu, menerusi tunjuk ajar kakitangan PEDi, beliau juga diajar kemahiran ICT sehingga membolehkan beliau menghasilkan menu makanan sendiri untuk gerai makannya, selain menyediakan kemudahan tambahan seperti perkhidmatan mencetak, mesin pengimbas, ‘laminating’ dan ‘binding’,” katanya

Beliau berkata PEDi juga melalui proses transformasi dengan memperkenal lima inisiatif yang akan dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi pendigitalan ekonomi negara.

“Pertamanya, menaik taraf PEDi yang mampu meningkatkan aktiviti latihan dan bimbingan dalam kalangan usahawan mikro, serta penubuhan Panel Penasihat yang terdiri daripada masyarakat setempat di setiap PEDi, bagi menasihatkan, merancang pelbagai program yang menarik untuk manfaat masyarakat setempat.

“Selain itu, setiap PEDi akan mempunyai IKON Usahawan PEDi daripada kalangan usahawan setempat yang telah berjaya, yang akan membantu dan memberi inspirasi kepada usahawan mikro tempatan.

“600 Rakan Digital PEDi akan dilantik di 600 PEDi terpilih bagi membantu memberi maklumat sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro PEDi,”jelasnya.

Inisiatif lain termasuk program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang dilaksanakan hasil usaha sama pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di PEDi bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *