Program PEDi Bersama YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed

Pada 18 Jun 2022, telah diadakan Program PEDi Bersama YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed di PEDi Kg Gemang, Jeli, Kelantan bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.30 petang. Program ini adalah anjuran PEDi Kg Gemang dengan usahasama PEDi-PEDi di bawah Parlimen Jeli. Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

Selain itu, masyarakat setempat boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

PEDi juga turut membantu meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar serta membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Bagi merialisasikan peranan PEDi ini, YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut sama menggalas tanggungjawab bagi mencapai tujuan dan peranan PEDi di dalam komuniti. YB Dato’ Mustapa sangat berbesar hati untuk sentiasa mendengar masalah dan membantu para usahawan mikro untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin Bandar dengan kerjasama daripada staf PEDi dalam membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital.

Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Rakan Digital PEDi akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta akan membimbing mereka ke arah ekonomi digital.

Mereka turut akan membantu usahawan tersebut untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu, jika diperlukan. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *