Sambutan Hari Kemerdekaan

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 tahun yang akan disambut nanti, Tadika Kemas Parit Othman bersama PEDi Parit Othman telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Sambutan ini telah dimulakan dengan acara menghias bangunan tadika dan PEDi dengan gantungan bendera secara gotong royong. Ia diharapkan dapat melahirkan suasana sambutan bulan kemerdekaan serta dapat memupuk hubungan baik antara kedua pihak.

Turut dijalankan, satu majlis ringkas untuk memeriahkan sambutan ini. Pada 21 Ogos yang lepas, seramai 20 orang peserta yang terdiri dari pelajar, tenaga pengajar dan pihak PEDi telah menyertainya. Majlis dimulakan dengan pengenalan Kemerdekaan dan tayangan video. Dimeriahkan juga dengan sesi menyanyikan lagu kebangsaan.

Majlis ini telah diakhiri dengan aktiviti mewarna. Antara objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan menanamkan semangat patriotik serta semangat nasionalisme dalam diri setiap peserta. Diharap agar sambutan ini serba sedikit memberi impak positif kepada para peserta.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *