Pada 21 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Kampung Chengal telah menerima kunjungan daripada Yb. Dato Indera Mohd Shahar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan turut libat sama dalam lawatan ini antaranya Team pasukan Bajet 2023, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) Kelantan, Jabatan Penerangan Malaysia Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), Jabatan Penilaian Dan Perkhidmtan Harta Negeri Kelantan, Wakil dari Maxis dan KRT Kg. Chengal. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau keperluan usahawan luar bandar bandar dalam mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Dalam lawatan ini, Encik Ilham Ruslay selaku Pengurus PEDi Kampung Chengal telah memberi sedikit taklimat mengenai penubuhan PEDi, Ahli Panel Penasihat PEDi, data pengguna di PEDi serta aktiviti yang dijalankan di sini samada kelas ICT mahupun kursus keusahawanan.
Dalam kunjungan ini, pihak PEDi Kampung Chengal telah membawa usahawan-usahawan yang dilatih di bawah PEDi antaranya Muhammad Syahmi (Usahawan Kasut Bundle), Puan Farhana (Usahawan Produk Kecantikan), Puan Rohana (Usahawan Kopi) dan Ikon Usahawan PEDi Kg. Chengal, Cik Nur Izzati (Usahawan Madu Kelulut) dengan membuat pameran produk perniagaan mereka. Dengan adanya usahawan PEDi telah terbukti bahawa PEDi mampu untuk membantu usahawan setempat memajukan perniagaan mereka melalui E-Dagang dengan menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk mereka secara dalam talian.
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Chengal, AJK KRT Kampung Chengal dan seluruh komuniti disini, mengucapkan jutaan terima kasih serta berbesar hati menerima kunjungan ini.