Kelas Keusahawanan

Pada hari Sabtu, 20 Ogos 2022 telah berlangsung Kelas Keusahawanan bersama komuniti yang diajar oleh Rakan Digital PEDi Felda Perasu. Kelas ini disertai oleh surirumah dan juga usahawan yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi Felda Perasu. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 pagi di Bilik Latihan PEDi Felda Perasu.

Di dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan keusahawanan dan juga perniagaan seperti cara untuk membuka akaun ssm, cara untuk memulakan perniagaan di atas talian, cara untuk membuka akaun shopee dan lain-lain. Peserta juga didedahkan dengan aplikasi- aplikasi yang selalu digunakan oleh usahawan untuk membuat poster, iklan dan sebagainya.

Sepanjang kelas ini berlangsung, banyak soalan yang ditanya oleh peserta berkaitan dengan perniagaan secara atas talian. Rakan Digital juga memberi penerangan yang berkaitan dengan kelas usahawan dan juga kongsi jadual kelas usahawan yang akan di adakan pada bulan September.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *