Taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan

Pada 23 Ogos 2022, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan peringkat nasional sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) setiap bulan bermula Julai 2022 dengan kerjasama bersama pihak SKMM.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan pendaftaran perniagaan serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini.

Sehubungan dengan itu, SSM menjemput semua usahawan setempat di Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak untuk menyertai sesi taklimat ini.

Program ini berlangsung selama 1 jam bermula 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *