Kelas ICT Sempena Hari Kebangsaan Ke-65

Pada 20 Ogos 2022, telah diadakan kelas ICT bersama 6 orang pelajar sekolah rendah menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Karangan. Kelas ini bertujuan bagi menyemai semangat meraikan kemerdekaan dengan penuh semangat cintakan negara dalam diri para peserta.

Peserta turut diberikan latihan bagi menambah kemahiran mereka menggunakan Microsoft Powerpoint yang diadakan diawal kelas berlangsung. Peserta diminta untuk mencari dan menyimpan gambar bendera negeri di seluruh Malaysia dari carian Google. Seterusnya, memasukkan gambar tersebut ke dalam Microsoft Powerpoint mengikut gelaran ‘Darul’ bagi setiap negeri.

Selain itu, turut diadakan kuiz melalui permainan Kahoot bagi menguji tahap pengetahuan peserta mengenai negara Malaysia. Diharapkan peserta mendapat manfaat daripada kelas pembelajaran yang telah diadakan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *