Sabtu bersamaan 27 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video Advokasi Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat yang berdurasi 2 minit 24 saat. Video tersebut telah dihantar melalui platform Facebook, Instagram dan TikTok PEDi Spaoh.
Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua masyarakat tentang sentuhan selamat dan tidak selamat terutamanya kepada kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mandidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.
Melihatkan epidemik pedofilia yang semakin meluas dan mula memberi kesan kepada kanak-kanak di sekolah, tempat awam atau di dunia digital, mengajar anak anda tentang langkah keselamatan yang perlu dilakukan adalah satu keperluan sedari usia kecil lagi. Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat patut menjadi pengetahuan asas bagi setiap kanak-kanak. Berbekalkan pengetahuan ini, mereka akan lebih bersedia untuk melindungi diri mereka.
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video ini mampu mebantu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka tentang sentuhan selamat dan tidak selamat. Terdapat beberapa perkara yang penting dapat diaplikasikan oleh anak-anak untuk memahami lebih mendalam tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.