Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Kuiz Kemerdekaan

Satu program aktiviti taklimat berteraskan Klik Dengan Bijak (KDB) dan kuiz kemerdekaan telah dijalankan dengan jayanya pada 27 Ogos 2022 bersamaan hari sabtu. Melalui aktiviti ini sebanyak dua tugasan telah dijalankan iaitu taklimat KDB dan kuiz kemerdekaan. Program ini berlangsung selama dua jam setengah bermula 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan telah dihadiri seramai 16 orang pelajar. Para pelajar ini terdiri daripada 8 orang pelajar sekolah rendah dan 8 orang pelajar sekolah menengah dari SK Serkat, SK Andek Mori dan SMK Sri Kukup.

Dua orang tenaga pengajar dari PEDi iaitu penolong dan penolong pengurus telah bertindak sebagai urus setia sepanjang program diadakan. Aktiviti bermula dengan para pelajar telah dihidangkan dengan minuman pagi oleh pihak PEDi sebelum kesemuanya diarahkan untuk berada dalam bilik latihan untuk mendengar slot KDB. Taklimat KDB ini dikelolakan oleh Pengurus PEDi dengan tajuk (Panduan Keselamatan Melayari Internet) selama setengah jam. Setelah selesai, para pelajar telah diagihkan kepada dua bahagian iaitu sekolah menengah berada di dalam bilik latihan manakala sekolah rendah berada di ruang utama PEDi.

Bagi para pelajar sekolah menengah, mereka akan menjalani kuiz kemerdekaan dan teka silang kata secara digital serta aktiviti menaip karangan kemerdekaan. Manakala, pelajar sekolah rendah juga sama namun dibezakan dengan aktiviti mewarna. Setelah kesemua aktiviti selesai dijalankan pada jam 12.15 tengah hari, para pelajar akan dijemput untuk ke sesi bergambar serta penyampaian hadiah. Hadiah berupa sijil penyertaan dan barangan cenderahati Klik Dengan Bijak (KDB).

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *