Kelas Asas Microsoft Office

Pada 29 Ogos 2022, Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint dan Excel telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint dan Excel serta fungsinya.

Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat slaid pembentangan bertajuk tempat menarik. Bagi sesi pembelajaran Microsoft Office Excel pula, peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Excel serta membuat latihan jadual kira-kira dengan memasukkan formula asas.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 5 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 2.00 petang. Kehadiran adalah seramai 1 orang peserta iaitu pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *