Poster Hari Kebangsaan

Pada 27 Ogos 2022, PEDi Gong Kulim telah menganjurkan satu aktiviti sempena hari kemerdekaan dan juga Hari Malaysia di PEDi Gong Kulim iaitu mencipta poster hari kebangsaan. Kelas yang berlangsung selama 1 jam disertai oleh pelajar sekolah Kulim seramai 4 orang pelajar di dalam bilik latihan PEDi Gong Kulim. Sebelum kelas berlangsung, staf PEDi memberi penerangan tentang asas penggunaan Microsoft powerpoint kepada para peserta. Para peserta diajar cara untuk mencipta poster bersempena hari kebangsaan yang 65 tahun.

Di dalam kelas tersebut, staf PEDi memberi tunjuk ajar cara untuk membuat latarbelakang poster yang menarik dn bersesuaian dengan tema. Para pesrta juga di ajar cara untuk memilih gambar jalur gemilang dan muat turun untuk di gunakan dalam mencipta poster masing-masing.

Sepanjang penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Gong Kulim telah berjaya memainkan peranan membantu komuniti sekitar Kg Gong Kulim mengenali serta mempelajari asas menggunakan komputer dan internet untuk menyelesaikan tugas harian. Secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai golongan usahawan yang celik ICT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *