Permohonan MySalam Covid-19

Encik Sudin bin Mohamad telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 6 September 2022 bersamaan hari selasa untuk membuat permohonan MySalam bagi pihak isterinya. Hal ini demikian kerana, isteri beliau iaitu Puan Noraini binti Samsu telah disahkan terkena jangkitan Covid-19 dan perlu kuarantin selama 5 hari.

Oleh itu, beliau ingin meminta bantuan Pengurus PEDi agar membantu beliau bagi memohon peruntukan dari MySalam bagi kategori tuntuan hospitalisasi. Encik Sudin atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Pak Din telah membawa kad pengenalan isterinya beserta dengan surat keluar dari hospital.

Melalui siri permohonan dalam MySalam bagi tuntutan Covid-19, para pemohon perlu mengemukakan kad pengenalan beserta dengan surat keluar dari hospital.

Memandangkan Pak Din menyediakan segala dokumen yang diperlukan maka proses permohonan bagi pihak isterinya berjalan dengan lancar sehingga status permohonan menjadi sedang diproses. Pak Din juga diterangkan tentang skop dalam MySalam yang membolehkan sebanyak 45 jenis penyakit kritikal dibolehkan untuk memohon dana dari MySalam.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *