PUPUK@Shopee 2022 Campaign

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Peliau Bungai telah menyertai latihan secara dalam talian bagi kempen PUPUK@ Shopee 2022. Di dalam program ini, staff PEDi dan Rakan Digital diajar bagaimana untuk menjual produk di Shopee.

Antara topik yang diajar adalah seperti cara persediaan kedai, cara memasarkan kedai, cara menggunakan Seller Centre, cara menghantar pesanan dan cara menguruskan kewangan daripada jualan. Program ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari menggunakan platform livestorm.

Diharap dengan adanya program ini, staf PEDi dapat membantu para usahawan untuk mendigitalkan perniagaan seterusnya dapat meningkatkan jualan mereka.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *