Kelas Typing Test & Kahoot

Kelas Typing Test & Kahoot ini diadakan di bilik latihan PEDi Felda Perasu pada hari Sabtu, 25 September 2022. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas ini disertai oleh 10 orang peserta perempuan yang merupakan penghuni asrama Sekolah Kebangsaan Perasu yang berdekatan dengan PEDi dan juga merupakan ahli PEDi Felda Perasu.

Kelas Typing Test ini bertujuan untuk memberi peserta peluang untuk menguji tahap kepantasan peserta dalam membaca dan menaip dalam masa yang telah diberikan. Walaupun kelas ini bersifat santai, peserta masih dapat menilai tahap kepantasan sendiri untuk membaca perkataan yang diberikan dan menaip perkataan yang dibaca tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Diakhir permainan ini, peserta dapat mengetahui skor masa kepantasan mereka dalam menaip petikan yang diberikan.

Selain kelas typing test, kelas kahoot ini juga memberi peserta peluang untuk belajar secara santai. Walaupun kelas ini bersifat santai, peserta masih dapat belajar kerana aplikasi Kahoot ini menggunakan bahan pembelajaran yang dijadikan sebagai permainan. Peserta juga dapat bermain teka teki yang diselitkan dalam kelas tersebut supaya peserta tidak bosan dan dapat berfikir secara pantas. Oleh itu, para peserta dapat belajar dengan lebih seronok dan menarik.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *