Pada 24 September 2022, usahawan PEDi Meradong iaitu Puan Nur Syafiqah Michael Abdullah telah berkongsi ilmu cara menghasilkan sepasang anting-anting tangu mini dan keychain tangu mini. Seramai 6 orang peserta termasuk staf PEDi Meradong turut menyertai kelas kraftangan manik tersebut. Kelas telah berlangsung selama 4 jam.
Antara pengisian dalam kelas tersebut ialah :
-Pengenalan kepada bahan-bahan yang digunakan
-Peserta memilih jenis dan warna manik
-Peserta belajar cara mengikat tali pada jump ring
-Peserta belajar sulaman manik 3 warna
-Peserta memberi komitmen penuh semasa kelas dijalankan. Di akhir kelas peserta akan tahu asas mudah membuat anting-anting dan keychain tangu mini.