Video Advokasi Kesihatan Mental di Tempat Kerja

Pada Isnin bersamaan 26 September 2022, pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Spaoh telah menyediakan video advokasi Kesihatan Mental di Tempat Kerja. Video tersebut telah dihantar ke platform media PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan kesihatan mental.

Kesihatan mental adalah merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kita. Ia mempengaruhi bagaimana kita berfikir, merasa dan bertindak. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana individu menyedari keupayaannya sendiri, dapat mengatasi tekanan normal kehidupan, dapat bekerja dengan produktif dan bermanfaat, dan mampu memberi sumbangan kepada komuniti.

Kesihatan mental adalah penting pada setiap peringkat kehidupan kita, dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga dewasa. Iaadalah asas pemikiran, pembelajaran, komunikasi, daya tahan dan keyakinan diri.

Antara maklumat yang terdapat dalam video tersebut adalah:

-Maksud kesihatan mental
-Kesihatan mental yang berlaku di tempat kerja
-Sebab masalah mental berlaku di tempat kerja
-Langkah-langkah untuk menangani masalah mental di tempat kerja
-Kesan yang timbul disebakan masalah mental


Setiap orang mempunyai persepsi dan reaksi yang berbeza terhadap tekanan kerja. Tidak ada satu tahap tekanan yang optimum dan menghasilkan reaksi yang sama untuk semua orang. Sesuatu peristiwa boleh menjadikan seseorang itu merasa terancam atau terangsang, memberi galakan atau menyebabkan penolakan, gembira atau sedih, bergantung kepada sejauh mana seseorang itu sendiri memahami dan menerima situasi stress.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut dapat membantu masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut dan cakna akan masalah mental terutamanya di tempat kerja.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *