Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang pelajar sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Pasir Pandak. Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai penggunaan kata ganti nama diri yang bersesuaian bergantung kepada ayat yang digunakan.
Pelajar terlebih dahulu diberi penerangan secara teori mengenai cara penggunaan kata ganti nama diri yang betul sebelum menguji minda peserta dengan memberi latihan untuk dijawab secara atas talian.
Kelebihan kelas ini ialah agar pelajar dapat pengetahuan mengenai penggunaan kata ganti nama diri dengan betul dalam tanpa mengira dalam bentuk penulisan atau karangan mahupun secara lisan.