Pertandingan Poster Canva

Pada 24 September lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Chengal telah mengadakan pertandingan mencipta poster menggunakan canva sempena program penutupan bulan kemerdekaan dan hari malaysia peringkat PEDi Kampung Chengal.

Pertandingan ini telah diadakan di bilik latihan PEDi selama dua (2) jam daripada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petangi. Seramai 4 peserta telah mengikuti pertandingan ini.

Tujuan program ini dijalankan adalah sempena bulan kemerdekaan peringkat PEDi Kg. Chengal bagi mencungkil daya kreativiti peserta dan menyemarakkan semangat patriotisma serta membantu bagi menyampaikan mesej-mesej positif dalam menyemarakkan bait-bait kemerdekaan.

Pertandingan ini terbuka kepada belia dan usahawan PEDi yang berumur 18 tahun keatas. Penyelia PEDi berperanan mengajar semula cara menggunakan aplikasi canva kepada peserta yang pertama kali menggunakannya.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *