Kelas Usahawan PEDi Batu Gajah

Pada 27 September 2022 – PEDi Kg Batu Gajah telah mengadakan kelas keusahawanan usahawan PEDi Siri I. Kelas tersebut berlansung pada jam 10 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg Batu Gajah.Kelas Tersebut telah dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah iaitu Cik Hanani.

Kelas keusahawanan tersebut diajarkan cara-cara membuka akaun Tik Tok yang mana kini menjadi trend terbaru dalam berniaga.Umum mengetahui bahawa,Tik Tok sekarang merupakan platform yang paling diikuti dan paling trending dalam berniaga secara atas talian. Pihak PEDi tidak terlepas dalam memberi ilmu kepada usahawan setempat agar mampu berniaga secara atas talian dengan betul dan berkesan.

Usahawan PEDi Batu Gajah Pn.Rozita atau dikenali dengan panggilan Kak Gee bersemangat mempelajari cara-cara membuka akaun Tik Tok agar beliau mampu memperluaskan perniagaannya dengan lebih cepat menggunakan platform Tik Tok yang sedang trending dan menjadi pilihan utama bagi peniaga secara atas talian.Pihak PEDi mengajar satu persatu kepada Kak Gee agar lebih mudah faham.

Sesi akhir kelas Kak Gee berterima kasih kepada pihak PEDi kerana sentiasa membantu komuniti yang memerlukan bantuan terutama dalam perniagaan digital.Kelas seterusnya akan diajarkan memasukkan produk dan membuat affiliate.Semoga bermanfaat.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *