Kelas Pemerkasaan ICT

Pada Sabtu, 24 September 2022, PEDi Bengoh telah mengadakan kelas pemerkasaan ICT iaitu kelas lanjutan microsoft word untuk menghasilkan tugasan. Kelas ini berlansung selama 2 jam iaitu dari pukul 2 petang sehingga 4 petang dan dihadiri oleh seorang peserta dari komuniti sekitar PEDi Bengoh. Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan beberapa elemen yang terdapat di dalam Microsoft Word seperti penukaran font, size font dan sebagainya untuk memudahkan peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Peserta turut diterapkan dengan Modul Klik Dengan Bijak iaitu mengenai penipuan kewangan yang kerap berlaku di laman internet akhir – akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi maklumat peribadi kepada umum dan tidak mudah terpedaya kepada skim – skim cepat kaya kerana ianya boleh memudaratkan diri sendiri.

Kami berharap agar setiap pengjaran dan pembelajaran dapat memberi manfaat kepada para peserta dan dijadikan ikhtibar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *