Pada 01 Oktober 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan E-Learning (Origami) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh empat orang peserta sekolah rendah.
Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan E-Learning dan telah diminta untuk mencari video tutorial origami di platform Youtube. Seterusnya, mereka dikehendaki untuk membuat satu origami dengan berpandukan video tutorial pilihan masing-masing.
Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.