Kelas Google Search Hari Malaysia

Bersempena dengan Hari Malaysia, kelas Google Search khas untuk Hari Malaysia telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) RPR Sibujaya pada 25 September yang lalu. Kelas ini telah dikendalikan oleh para petugas PEDi RPR Sibujaya dan telah dihadiri oleh 6 orang peserta.

Kelas tersebut telah mengajar para peserta tentang cara-cara yang betul untuk menggunakan enjin carian Google. Antara soalan yang ditanya pada kelas tersebut ialah cara untuk mencari bendera-bendera bagi negeri yang terdapat di Malaysia, apakah binatang yang terdapat pada jata negeri Sarawak, apakah rukun negara yang ke-4, siapakah nama Yang di-Pertuan Agong pertama di Malaysia, mainkan lagu negeri bagi negeri Sarawak dan banyak lagi. Berdasarkan soalan-soalan yang ditanya, para peserta dikehendaki mencari setiap jawapan dengan hanya menggunakan enjin carian Google.

Selingan advokasi mengenai penggunaan internet secara positif juga turut dikongsikan kepada para peserta pada hari tersebut. Diharap keseluruhan perkongsian yang telah dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan diguna pakai oleh para peserta pada masa akan datang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *