Pada 4 Oktober 2022, bimbingan Asas Microsoft Office Word telah diadakan. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word serta membuat jadual bertugas yang ditugaskan oleh cikgu kelas. Peserta ini adalah pelajar tingkatan 1, SMK Belawai.
Bimbingan ini berlangsung sekitar jam 3.30 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 4.30 petang.
Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.