Hari Malaysia 2022 PEDi Tanjung Piai

Program Aktiviti Hari Malaysia telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Tanjung Piai. Program ini telah ditaja oleh MAXIS dan dikendalikan oleh kakitangan PEDi sepenuhnya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan telah melibatkan seramai 50 orang yang terdiri daripada kalangan pelajar tabika, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan orang awam. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Pertandingan Cabaran Video Tik Tok yang disertai oleh orang awam.

Pertandingan Mewarna yang bertemakan Hari Malaysia dan telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Sekolah Menengah yang telah dilakukan lebih awal untuk mendapatkan undian pemenang melalui atas talian, kemudian kategori Sekolah Rendah dan kategori Tabika. Penyertaan mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung yang hadir hari tersebut. Selain itu, kakitangan PEDi juga menyediakan beberapa jenis kuiz secara digital untuk para peserta tabika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pelbagai input diperolehi sepanjang aktiviti dijalankan dan para pemenang mengikut kategori turut diberikan hadiah. Malahan terdapat kuiz spontan yang ajukan kepada para peserta turut mendapat sambutan secara terbuka oleh orang awam dan para pelajar yang hadir. Program berlangsung selama hamper 4 jam bemula 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *