Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Sijil Program Pengenalan Asas ICT

Pada Sabtu – 1 Oktober 2022, PEDi Batu Gong telah mengadakan majlis penangguhan sambutan bulan kemerdekaan dan penyampaian sijil program pengenalan asas ICT yang berlansung pada bulan jun dan julai lepas. Majlis telah dihadiri oleh peserta program pengenalan asas ICT, ibu bapa dan wakil daripada Kawasan Rukun Tetangga PPR Batu Gong. Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli PEDi baru secara percuma yang merupakan inisiatif pihak PEDi PPR Batu Gong dengan Kawasan Rukun Tetangga PPR Batu Gong untuk mendedahkan peserta Program dengan Asas ICT dan komputer.

Pendaftaran ini membolehkan peserta untuk mengikuti kelas ICT yang dianjurkan di PEDi PPR Batu Gong. Seterusnya, peserta diuji dengan menjawab kuiz asas ICT untuk menguji tahap pengetahuan mereka untuk mengoperasikan Microsoft Office package melalui beberapa soalan yang diolah berdasarkan modul yang telah dipelajari.

Majlis diteruskan dengan menghormati lagu kebangsaan dan menyanyikan lagu patriotik malaysia sebagai simbolik penangguhan sambutan bulan kemerdekaan. Akhir sekali, pihak PEDi memperlawa wakil daripada KRT untuk menyampaikan hadiah pertandingan kuiz dan penyampaian sijil program pengenalan asas ICT kepada peserta.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

-Majlis dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara KRT PPR Batu Gong dengan PEDi PPR Batu Gong.
-Pihak PEDi PPR Batu Gong dapat menilai tahap pengetahuan asas ICT peserta selepas mereka berjaya menghabiskan modul pembelajaran.
-Pihak KRT PPR Batu Gong dapat menyediakan peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran ICT.
-Pihak PEDi dapat memperkenalkan lagi fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti setempat.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *