Kelas Individu (Microsoft Power Point)

Pada Isnin – 10 Oktober 2022, PEDi Batu Gong telah melaksanakan kelas individu atas permintaan peserta. Kelas ini dijalankan untuk mendedahkan peserta dengan cara penghasilan lakaran tempat duduk pelajar menggunakan Microsoft Power Point. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hinggan 4.00 petang yang dihadiri oleh dua (2) orang peserta.

Terlebih dahulu, peserta didedahkan dengan elemen yang akan digunakan untuk menghasilkan lakaran iaitu bentuk. Setelah mengenalpasti bentuk yang hendak digunakan untuk mewakili sesuatu objek dalam kelas, peserta memasukkan elemen bentuk ke dalam paparan Microsoft Power Point dan menyusun bentuk tersebut mengikut kesesuaian.

Seterusnya, peserta dikongsi dengan cara memasukkan teks ke dalam setiap bentuk yang dihasilkan. Tujuan teks dimasukkan adalah untuk memberi label nama kepada setiap tempat duduk. Setelah melengkapkan lakaran peserti didedahkan dengan cara mencantumkan objek kecil ke dalam kumpulan sektor yang lebih besar agar senang untuk menggerakkan objek tersebut tanpa mengganggu jarak antara objek dengan yang lain.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:

-Peserta mampu memahami fungsi penggunaan microsoft power point.
-Peserta mengetahui asas pengoperasian microsoft power point.
-Peserta dikongsi dengan cara untuk melakar kedudukan tempat duduk dalam kelas menggunakan microsoft power point.
-Peserta dibimbing untuk menghasilkan tugasan secara hands on menggunakan perisian tersebut.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *