Bahaya Bermain Game Terlalu Lama

Makluman Aktiviti MIV PEDi Kg Taee di All St. Plaman Nyabet, Serian berkenaan Pengenalan PEDi dan Bahaya Bermain Game Terlalu Lama. Sukacita dimaklumkan bahawa PEDi Kg Taee dan MIV PEDi Kg Taee telah membuat jelajah advokasi di All St. Plaman Nyabet, Serian.

Ia bertujuan memperkenalkan fungsi tentang Pengenalan PEDi dan Keselamatan Internet melalui topik Bahaya Bermain Game Terlalu Lama. Ketua MIV PEDi Kg Taee iaitu Pn. Zaitul Atieka bersama team MIV PEDi Kg Taee menyampaikan taklimat Pengenalan PEDi. Manakala Miss Ram menyampaikan ceramah berkenaan topik Bahaya Bermain Game Terlalu Lama.

Selain itu, turut diadakan aktiviti sukaneka dan aktiviti dalam kumpulan. Seramai 4 orang Sukarelawan MIV yang terlibat iaitu Pn. Ikaazrul, Pn. Nasiha, Cik Grace, Cik Elly dan En. Nivens terlibat. Pengurus PEDi Kg Taee iaitu Cik Ramlah juga turun padang meninjau aktiviti team MIV.

Kami mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada guru-guru, para pelajar sekolah di atas penerimaan kunjungan kami pada kali ini. Semoga terus maju jaya dan mendapat kejayaan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *