Kelas Membuat Resume Dengan Menggunakan Canva

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Semuba telah Kelas Membuat Resume Dengan Menggunakan Canva kepada peserta komuniti kampung Semuba. Kelas ini telah diadakan pada 12 Oktober 2022 pada jam 2 petang sehingga 3 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi mengajar asas penggunaan Canva dengan betul.

Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta menggunakkan aplikasi Canva di laman sesawang.Staf PEDi juga mengajar peserta untuk mendaftar sebagai pengguna di aplikasi Canva. Staf PEDi mengajar peserta cara untuk memilih template resume yang percuma untuk digunakan oleh peserta. Staf PEDi juga mengajar peserta cara untuk ubah suai template dengan memasukkan gambar peserta dan maklumat – maklumat akademik dan pengalaman pekerjaan peserta.

Setelah siap, peserta di ajar cara untuk menyimpan rekaan resume dan mencetak keluar. Didalam kelas ini Staf dapat melihat peserta mudah memahami penggunaan aplikasi Canva.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *