Rakyat wajar mengambil serius setiap latihan kebakaran yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat agar mereka dapat bertindak dengan cepat jika dalam situasi kebakaran yang bahaya. Oleh keperihatinan pihak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysai (PEDi) Kluster Gua Musang akan keselamatan dan nyawa komuniti di kawasan sekitar telah mengambil inisiatif dalam menyediakan program Latihan Kebakaran dan Menyelamat yang menjemput pihak Balai Bomba Gua Musang untuk memberi penerangan / taklimat serta demonstrasi kebakaran kepafa komuniti setempat.
Program ini diadakan di perkarangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kesedar Jeram Tekoh dengan Kerjasama PEDI Kesedar Chalil, PEDI Kesedar Lebir dan PEDi Felda Perasu.
Program ini dijalankan pada 30 September 2022 (Jumaat) bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Program dikendalikan oleh PBK II Tuan Mohd Radzi Bin Muhamad (Pegawai Operasi Balai Bomba Gua Musang) iaitu Pegawai bomba yang dihantar untuk memberi taklimat dan membuat demonstrasi kebakaran kepada komuniti setempat yang hadir.
PBK II Tuan Mohd Radzi Bin Mohamad berkata semasa memberi taklimat bahawa latihan yang diberikan penting kerana meyentuh cara-cara menyelamatkan diri serta laluan kecemasan dalam sesuatu bangunan mahupun luar bangunan dan sedia maklum akan apa yang diperkatakan kerana perkara ini melibatkan nyawa seseorang. Taklimat yang disampaikan juga tertumpu khusus kepada suri rumah kerana kebakaran yang sering terjadi melibatkan Kawasan perumahan yang berpunca dari dapur. Oleh itu, latihan menyelamat kali ini lebih tertumou kepada alat-alatan yang berada di daput seperti tong gas dan bahan bakar yang mempercepatkan kebakaran berlaku.
Setelah selesai memberi taklimat PBK II Tuan Radzi membuat demonstrasi kebakaran yang berlaku disebabkan oleh percikan api yang berpunca dari bahan bakar seperti minyak petrol dan minyak diesel dan cara memadamkan api menggunakan pemadam api dengan betul. Selain itu, beliau turut menujukkan cara bagaimana untuk memadamkan api juga berlaku berpunca dari tong gas dengan menggunakan kain yang basah.
Diakhir program pada hari ini, terdapat sesi pemberian cenderahati dan penghargaan kepada pihak Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Gua Musang yang dapat memenuhi jemputan dari pihak PEDi Kluster Gua Musang untuk memberikan pendedahan Latihan Kebakaran kepada komuniti setempat yang turut hadir menjayakan program pada hari ini.
Disamping itu, untuk memeriahkan lagi program pada hari inj pihak PEDi turut menyediakan cabutan bertuah kepada yang hadir dan menyediakan jamuan makan diakhir program sebelum bersurai. Diakhir kata diucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, pihak PEDi Kluster Gua Musang serta komuniti yang hadir menjayakan program pada hari ini.