Keldai Akaun

Pada tarikh 12 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak kepada orang umum tentang scam ataupun penipuan iaitu akaun keldai. Perkongsian ini telah diadakan secara langsung di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang akaun keldai. Akaun keldai terjadi apabila pemegang akaun bank memberi akses akaun bank mereka kepada pihak ketiga secara sukarela ataupun tidak untuk tujuan transaksi kewangan yang tidak sah ataupun menyalahi undang-undang. Akaun keldai juga boleh disewa atau dipinjamkan kepada pihak ketiga untuk mendapatkan hasil lumayan dari segi upah. Akaun keldai merupakan satu kegiatan jenayah dan boleh disabitkan hukuman penjara dan denda.

Melalui perkongsian ini, orang ramai tahu untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak berkongsi maklumat peribadi dan maklumat perbankan mereka kepada pihak lain untuk melindungi diri sendiri. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terjerat dalam jenayah akaun keldai.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *