Program PANDei & Reading Seeds

Pustaka Negeri Sarawak, Sibu telah mengadakan Program Jangkauan Ilmu Literasi untuk mendedahkan masyarakat dengan Program PANDei (People accessible Network for Digital Empowerment and Inclusivity) yang merupakan salah satu inisiatif Ekonomi Digital Kerajaan Negeri Sarawak bagi mencapai keterangkuman digital untuk komuniti luar bandar.

Pustaka Negeri Sarawak telah dilantik sebagai agensi pelaksanaan bagi pelan tindakan dibawah perpustakaan dan telah mendapat sokongan daripada Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Manakala untuk program Reading Seeds, ianya merupakan program literasi perkembangan kanak-kanak bermula daripada peringkat dalam kandungan ibu serta bayi yang berusia sehingga 3 tahun.

Program ini disertai oleh komuniti dari Kampung Jerijeh dan Kampung Rajang. Program berlangsung sekitar jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *