Kursus Usahawan Digital

PEDi Parit Othman bersama PEDi Sungai Nibong dan PEDi Ayer Hitam telah menjalankan Kursus Usahawan Digital yang bertempat di PEDi Parit Othman. Kursus yang bermula pukul 9.30 pagi sehingga 12 tengahari ini telah disertai oleh 11 orang pelajar dari GiatMara Bakri.

Para peserta telah diberikan pendedahan mengenai cara mengunakan aplikasi Shopee untuk menjual produk mereka . Aplikasi Shopee telah menjadi salah satu aplikasi yang sangat digemari oleh penjual dan pembeli didalam talian pada waktu sekarang. Ia merupakan satu aplikasi yang praktikal dan mudah serta mesra penguna.

Diharap kursus ini serba sedikit membantu peserta menyuntik semangat dalam menceburi bidang perniagaan didalam talian. Program kursus ini ditutup dengan acara pemberian cenderhati dan sesi mengambil gambar sebagai kenangan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *