Microsoft Word Laporan Bergambar

Pada 23 Oktober 2022, telah diadakan Pembelajaran Microsoft Word Laporan Bergambar menggunakan Microsoft Word bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Pembelajaran kali ini bersama dua pelajar Sekolah Rendah Felda Pasoh 2. Peserta ingin mendapatkan tunjuk ajar daripada staf PEDi bagi tujuan membantu beliau membuat laporan bergambar bertajuk Alat-alat Muzik. Staf PEDi menunjukkan cara untuk memasukkan gambar ke dalam templete laporan dan cara melaraskan gambar dengan ukuran yang sama.

Di samping itu juga, Staf PEDi turut mengajar cara mudah untuk tukar gambar sedia ada kepada gambar lain tanpa perlu melaras ukuran gambar tersebut. Peserta berjaya menyiapkan laporan bergambar dengan betul.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *