Kemudahan Pembelajaran Pelajar di PEDi Presint 18

Objektif utama Pusat Ekonomi Digital, PEDi adalah untuk melahirkan serta membantu usahawan dalam kalangan B40 dan komuniti sekitar yang terjejas pendapatan sama ada sebelum atau selepas negara dilanda pandemik.

Selain itu, PEDi bukan sahaja untuk membantu usahawan tetapi juga berfungsi untuk memberi perkhidmatan kepada para pelajar B40 khususnya pelajar SPM dan STPM dengan menyediakan latihan ict, kemudahan akses internet berkelajuan tinggi, pencetakan, dan tempat yang kondusif untuk mengulangkaji pelajaran.

Pelajar dan komuniti sekitar dialu-alukan untuk hadir menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi. PEDi akan terus berkhidmat kepada komuniti dengan memberi kemudahan dan lokasi yang kondusif untuk pengguna PEDi khususnya dalam kalangan B40 yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses internet.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *