PEDi Batu Gong telah menganjurkan program latihan pengendalian makanan dengan kerjasama pihak NZ Bunga Venture sebagai penceramah yang bertauliah dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti khususnya peniaga dan usahawan makanan agar menitikberatkan kepentingan kebersihan makanan dan tatacara pengendalian makanan yang betul. Program yang berlansung selama 3 jam itu bermula pada 09:30am hingga 12:30pm. Program telah disertai seramai lapan (8) orang peserta yang terdiri dari komuniti setempat. Semasa program berlansung, peserta terlebih dahulu diuji dengan menjawab kuiz sebelum program dan selepas program untuk mengukur tahap pemahaman mereka dalam proses pengendalian makanan. Pelbagai maklumat dan pengetahuan telah disampaikan oleh penceramah bagi memantapkan pengetahuan peserta dalam bidang pengendalian makanan. Selain itu, petugas pedi mengambil kesempatan untuk menerangkan konsep PEDi dan fungsinya kepada komuniti seterusnya memberikan sedikit advokasi klik dengan bijak.
Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti aktiviti:
-Peserta mempelajari tatacara untuk mengendalikan makanan dengan betul
-Peserta mengenalpasti simptom keracunan makanan
-Peserta digesa untuk menitikberatkan persekitaran yang bersih semasa mengendalikan makanan
-Peserta didedahkan dengan teori dan asas pengendalian makanan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
-Pengetahuan pengendalian makanan peserta diuji dengan melengkapkan latihan dan kuiz semasa program dijalankan