Pejabat Daerah Daro telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program keusahawanan yang diberi nama Program Pengurusan Pemasaran dan Jualan Atas Talian. Program ini diselenggara oleh pihak NRP PRODUCTION & SERVICES SDN BHD dan juga PEDi Daro. Dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada 22 dan 23 Oktober 2022, bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di bilik Latihan PEDi Daro.
Program ini telah dijayakan dengan dua orang juru ajar yang sangat berpengalaman iaitu Puan Angela Jessica Nicholas dan Encik Nicholas Bamphield.
Antara pengisian program ini adalah para peserta didedahkan kepada asas perniagaan, berjaya membuat pemasaran perniagaan menggunakan pelbagai tapak atas talian seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube, dan Telegram serta mengetahui cara membuat penjualan atas talian dengan menggunakan produk-produk sendiri.
Seramai 10 orang peserta telah mengikuti program ini yang mana para peserta akan terus dipantau kemajuan pernaigaan mereka selama tempoh 4 bulan.
Melalui program ini, diharapkan agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang bergiat maju dan aktif di dalam perniagaan dalam talian daripada daerah Daro dan sekitarnya.